KERDILNYA AKU DI BUMI ALLAH


2 hari lepas, 29 Oktober 2011, aku menghadiri Konvokesyen adik bongsuku di Universiti Tun Hussin Oon di Batu Pahat. Seketika itu, hati ku terdetik bangga kerana adik yang 10 tahun muda dariku terlebih dahulu menggenggam segulung ijazah kejuruteraan. Lantas terbayang aku kenangan lalu di mana sebelum aku menggapai diploma perguruan, adik keduaku telah pun menggenggam diploma akauntasi di Politeknik Kota Bharu. Rezeki terlewat untuk menyebelahi aku. Namun berkat sokongan suami dan anak-anak kini aku juga mampu berjuang untuk menggapai segulung ijazah. Insyaallah. Ternyata faktor umur bukan penghalang untuk kita mencapai kejayaan. Apa yang penting ialah kekuatan, keazaman dan keyakinan untuk kita tempuhi segala dugaan dan cabaran. Tiada benda yang mudah tanpa sebarang pengorbanan. Berkorban bukan beerti kita kalah malah ia menjadi satu cabaran untuk kita tabah hadapi segala kemungkinan. Yang pasti.....kita perlu bijak main peranan sebagai hamba di bumi Allah dan mengatur waktu kerana sedetik waktu yang berlalu pasti tidak akan berulang...Sesungguhnya takdir kehidupan kita telah Allah aturkan, kita hanya perlu aturkan supaya ianya tidak terpesong dari landasannya.




1 comments:

manggosteen said...

come on kak yong..chaiyok2..

Post a Comment