PATUHI STANDARD PIAWAIAN MENU MAKANAN PRASEKOLAH

0 comments


KUCHING: Ketua atau penyelia prasekolah (tadika mahupun tabika) di negeri ini diingatkan agar mengambil iktibar serta prihatin terhadap Laporan Audit Negara berhubung standard piawaian menu makanan yang disediakan.
Menteri Kebajikan, Wanita dan Pembangunan Keluarga Datuk Fatimah Abdullah berkata ia bagi mengelakkan perkara yang sama berlaku di tadika di negeri ini.
Antara Laporan Audit Negara yang dibentangkan baru-baru ini termasuk lebih daripada separuh tadika di Johor, Kelantan, Kedah dan Sabah tidak patuh kepada menu yang disedia-kan oleh kerajaan.
“Jadi ia merupakan satu perkara yang perlu diberi perhatian kerana kalau dilihat dari segi pendidikan awal kanak-kanak, pertamanya antara yang perlu diteliti bukan sahaja standard kualiti bangunan premisnya tetapi piawaian standard dari segi pemakanan,” katanya.
Menurut Fatimah setiap menu di tadika dan tabika seharusnya perlu mendapat kelulusan daripada Jabatan Kesihatan, yang sudah menjadi prosedur oleh setiap taska sebelum diberi sijil atau lesen beroperasi.
Bagaimanapun kata beliau, ia tidak terhenti di situ sahaja kerana agensi-agensi yang menawarkan pendidikan awal kanak-kanak perlu melakukan pemantauan tahap menu yang diadakan.
Sehubungan itu beliau memberitahu di Sarawak sendiri antara penekanan yang diambil kira di bawah Majlis Pendidikan Awal Kanak-kanak adalah pematuhan standard kualiti.
“Ia bukan sahaja kepada tadika swasta tetapi tadika kerajaan seperti KEMAS, Jabatan Pelajaran serta Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional (Tabika Perpaduan),” katanya.
Fatimah menegaskan meskipun perkara itu tidak berlaku di negeri ini tetapi ia harus di-ambil kira.
Laporan Audit Negara itu menyatakan tadika terbabit memberikan ‘doughnut’ kepada kanak-kanak yang sepatutnya diberikan mihun goreng selain dijamu nasi lemak kosong tanpa kacang dan telur.
Selain itu laporan turut mendedahkan Tadika KEMAS di Kedah didapati menjadikan tandas sebagai stor menyimpan makanan.


Read more: http://www.theborneopost.com/2011/10/27/prasekolah-diingat-patuhi-standard-piawaian-menu-makanan/#ixzz1gJhlQT2e

PERSEMBAHAN HARI ANUGERAH

0 comments











Persembahan nyanyian dan gerakan kanak-kanak Prasekolah SK 1, Tapah pada Hari Anugerah Kecermelangan SK 1. Lagu yang di dendangkan ialah Bintang Kecil dan Kain Pelihat. Pelbagai warna dan pelbagai reaksi wajah kanak-kanak tersebut. Seramai 25 orang yang terlibat dalam persembahan ini.

KERDILNYA AKU DI BUMI ALLAH

1 comments

2 hari lepas, 29 Oktober 2011, aku menghadiri Konvokesyen adik bongsuku di Universiti Tun Hussin Oon di Batu Pahat. Seketika itu, hati ku terdetik bangga kerana adik yang 10 tahun muda dariku terlebih dahulu menggenggam segulung ijazah kejuruteraan. Lantas terbayang aku kenangan lalu di mana sebelum aku menggapai diploma perguruan, adik keduaku telah pun menggenggam diploma akauntasi di Politeknik Kota Bharu. Rezeki terlewat untuk menyebelahi aku. Namun berkat sokongan suami dan anak-anak kini aku juga mampu berjuang untuk menggapai segulung ijazah. Insyaallah. Ternyata faktor umur bukan penghalang untuk kita mencapai kejayaan. Apa yang penting ialah kekuatan, keazaman dan keyakinan untuk kita tempuhi segala dugaan dan cabaran. Tiada benda yang mudah tanpa sebarang pengorbanan. Berkorban bukan beerti kita kalah malah ia menjadi satu cabaran untuk kita tabah hadapi segala kemungkinan. Yang pasti.....kita perlu bijak main peranan sebagai hamba di bumi Allah dan mengatur waktu kerana sedetik waktu yang berlalu pasti tidak akan berulang...Sesungguhnya takdir kehidupan kita telah Allah aturkan, kita hanya perlu aturkan supaya ianya tidak terpesong dari landasannya.




Apa Ada Di Prasekolah

0 comments


Gambar ini di adaptasikan sempena Konvokesyen Perdana Daerah Batang Padang pada 18 Oktober 2011 di Dewan SMK Ayer Kuning
Hanya 9 sekolah yang terlibat iaitu :
- SK Ayer Kuning
- SK Sg Lesong
- SJK(T) Khir Johari
- SK Satu
- SK Pendeta Zaaba
- SK Haji Hassan
- SK Tun Tan Dewa Sakti
- SK Batu Tiga
- SK Temoh


*Movie maker ini telah di hasilkan oleh Guru Prasekolah SK Temoh. Sekalung tahniah atas penghasilan movie maker yang menarik ini. Terima kasih kepada semua guru prasekolah yang terlibat yang sudi berkongsi gambar kenangan prasekolah masing-masing.

Album Kenangan Prasekolahku

0 comments
Album