KERDILNYA AKU DI BUMI ALLAH

1 comments

2 hari lepas, 29 Oktober 2011, aku menghadiri Konvokesyen adik bongsuku di Universiti Tun Hussin Oon di Batu Pahat. Seketika itu, hati ku terdetik bangga kerana adik yang 10 tahun muda dariku terlebih dahulu menggenggam segulung ijazah kejuruteraan. Lantas terbayang aku kenangan lalu di mana sebelum aku menggapai diploma perguruan, adik keduaku telah pun menggenggam diploma akauntasi di Politeknik Kota Bharu. Rezeki terlewat untuk menyebelahi aku. Namun berkat sokongan suami dan anak-anak kini aku juga mampu berjuang untuk menggapai segulung ijazah. Insyaallah. Ternyata faktor umur bukan penghalang untuk kita mencapai kejayaan. Apa yang penting ialah kekuatan, keazaman dan keyakinan untuk kita tempuhi segala dugaan dan cabaran. Tiada benda yang mudah tanpa sebarang pengorbanan. Berkorban bukan beerti kita kalah malah ia menjadi satu cabaran untuk kita tabah hadapi segala kemungkinan. Yang pasti.....kita perlu bijak main peranan sebagai hamba di bumi Allah dan mengatur waktu kerana sedetik waktu yang berlalu pasti tidak akan berulang...Sesungguhnya takdir kehidupan kita telah Allah aturkan, kita hanya perlu aturkan supaya ianya tidak terpesong dari landasannya.




Apa Ada Di Prasekolah

0 comments


Gambar ini di adaptasikan sempena Konvokesyen Perdana Daerah Batang Padang pada 18 Oktober 2011 di Dewan SMK Ayer Kuning
Hanya 9 sekolah yang terlibat iaitu :
- SK Ayer Kuning
- SK Sg Lesong
- SJK(T) Khir Johari
- SK Satu
- SK Pendeta Zaaba
- SK Haji Hassan
- SK Tun Tan Dewa Sakti
- SK Batu Tiga
- SK Temoh


*Movie maker ini telah di hasilkan oleh Guru Prasekolah SK Temoh. Sekalung tahniah atas penghasilan movie maker yang menarik ini. Terima kasih kepada semua guru prasekolah yang terlibat yang sudi berkongsi gambar kenangan prasekolah masing-masing.

Album Kenangan Prasekolahku

0 comments
Album